Wednesday, 26 December 2012

Testimoni PURE MARINE COLLAGEN


Mohon KLIK LIKE FANPAGE HUSNA 
sebagai tanda sokongan anda semua atas info yang telah diterima 
Perkongsian ilmu IMKK akan 
dikongsikan di fanpage kami

RM 10/150 gram GRED AAA (UNGU)
RM 10/ 150 gram GRED AA (KUNING)


Perbezaan di antara RUMPAI LAUT UNGU DAN RUMPAI LAUT PUTIH adalah ANTIOKSIDA


Perbezaan kandungan rumpai laut ungu dan yang putih dikatakan memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari pembawaaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?......



Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.



TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT

Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. 



MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT

Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet. 



PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG

Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. 



MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas. 




Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan



KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.



Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.



Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.



Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.



-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

source : google




















Cara Penggunaan :

1. Basuh kolagen mentah, 
ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali

2. Rendam kolagen mentah yang 
telah dibasuh semalaman

3. Buang air rendaman tadi dan 
basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong 
ke dalam periuk untuk direbus







Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – 
sebelum sarapan & 
sebelum masuk tidur)

2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), 
ambil 3 sudu besar dan 
masukkan ke dalam gelas - 
boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah

3. Sebelum minum tu baca 
Bismillah & Selawat =)








Thursday, 13 December 2012

Jeluak / Muntah / Muak / Gumuh Bayi NAJIS??

Muntah atau Jeluak





Jeluak adalah keadaan di mana isi kandungan dalam perut keluar dengan lembut daripada mulut bayi, biasanya dalam kuantiti yang sedikit. Otot yang sepatutnya menutup saluran ke perut masih belum kuat seperti kanak-kanak yang besar atau orang tua. Pergerakan seperti menekan terlalu kuat, baringkan bayi atau pergerakan penghadaman makanan yang berlaku boleh menyebabkan muntah.
Kebanyakkan bayi akan mengalaminya ketika beberapa bulan pertama kelahirannya. Kadang-kala berlaku setiap kali menyusu atau kadang-kala berlaku sekali-sekala. Semakin bayi meningkat besar, semakin kurang berlaku. Kebanyakkan mereka akan berhenti apabila mula boleh duduk dan ada yang hilang apabila mula berjalan. Jeluak memang mengotorkan dan berlaku pembaziran, namunselagi bayi membesar dengan sihat dan gembira tidak perlu risau dengan keadaan ini.

Muntah berlaku apabila isi perut keluar dengan kuat dan banyak yang menyebabkan ia keluar sehingga jauh beberapa cm daripada mulut. Namun ini tidak perlu dirisaukan jika ia berlaku sekali-sekala dan bayi kelihatan sihat dan gembira. Sekiranya berlaku kerap anda boleh berbincang dengan doktor terutama jika diikuti simptom lain. Anda boleh sendawakan bayi anda untuk mengelakkannya muntah. Tetapi ada bayi tetap muntah walaupun telah disendawakannya, atau ditukar susu atau dikurangkan kuantiti susu.

Adakah perlu untuk menyusunya semula selepas muntah? Jika mereka gembira dan tidak meragam tidak perlu menyusukannya sehingga mereka lapar semula. Perut mereka mengalami sedikit masalah, jadi biarkan lah ia tenang dahulu. Jumlah muntah mungkin nampak banyak daripada yang sebenarnya.
Samada susu yang keluar masam atau curdle ia tidak menjadi masalah. Apabila susu masuk ke perut, asid akan bertindak balas.

Namun dalam keadaan di bawah anda perlu hubungi doktor
- muntah diikuti dengan ketidakselesaan, menangis, gagging, arching, batuk dan berat badan tidak naik.
- Muntah lebih dari 2 kali dan muntah berlaku secara paksaan atau kelihatan kekuningan atau kehijauan
- Muntah diikuti dengan demam, perubahan dalam aktiviti seperti kurang tidur, bermain atau tanda-tanda lain
- Muntah atau jeluak yang merisaukan anda. Adalah lebih baik jika berjumpa doktor untuk kepastian.

Jika terdapat sebarang perubahan pada bayi anda jangan cuba membuat tafsiran sendiri. Mungkinan berlaku kesilapan. Sebaiknya tanya pendapat doktor.


Hukum jeluak atau muntah bayi

Jeluak atau muntah bayi dikira najis mutawassitah sama dengan air kencing bayi.


Persoalan tentang hukum muntah @ jeluak bayi


1-Apakah hukum keatas muntah daripada bayi,jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus.

1.Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.

Muntah/Muak Bayi

Ulama berbeza pandangan dalam masaalah muntah. Secara umumnya ulama berpendapat muntah yang telah berubah sifat bahan makanannya dikira sebagai najis. Bahkan al-Imam al-Nawawi mendakwa perkara ini sebagai ijmak. Jika tidak berubah, sebahagian ulama tetap menganggapnya sebagai najis, manakala al-Malikiyah membezakan muntah yang telah diproses oleh perut adalah najis, manakala yang masih belum diproses oleh perut tidak najis.[17]

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

Maksudnya: “Muntah dan air liur bayi terdalam permasalahan yang dikategorikan sebagai Umum al-Balwa. Pembuat syariat mengetahui bahawa bayi sering muntah, perkara ini tidak memungkinkan kita membasuh mulutnya, dan air liurnya sentiasa mengalir dan kena kepada orang yang mengasuhnya. Oleh itu pembuat syariat tidak menyuruh membasuh pakaian dari perkara ini, dan tidak mengapa solat dengannya, dan tidak menyuruh membebaskan diri dari air liur bayi. Sekumpulan fuqaha berkata: “Ia termasuk najis yang dimaafkan disebabkan masyaqqah dan keperluan seperti tanah jalanan, demikian juga najis yang tidak dapat dibuang selepas istinjak dengan batu (atau seumpamanya), dan najis di bahagian bawah khuf dan kasut setelah digosok ke tanah.”[18]

Wednesday, 7 November 2012

Bengkak Susu


KLIK LIKE FANPAGE HUSNA 
sebagai tanda sokongan anda semua atas info yang telah diterima mengenai
PRODUK-PRODUK HOT TERKINI 
DI DUNIA MAYA
like LIKE like LIKE


Assalamualaikum..



kali ni diri terpanggil tuk cite skit sal masalah BENGKAK SUSU..
ni aku baru je sudah mandikan Aniq tuk sesi petang...lepas minum susu..
so dia sambung tido semula.. leh la aku membebel kat sini..
tapi sedar tak sedar.. memang ada jugak orang yang baca blog aku yang tak seberapa ni...

tuk pengetahuan korang semua... aku pun turut merasa masalah ni seawal hari ke-4
selepas melahirkan Aniq... aku lewat menyusukan Aniq sbb aniq kena masuk ke WAD 2.
Wad untuk memantau keadaan baby lu yang belum stabil..
esoknya lam kul 7 pagi... nurse bawa Aniq kepangkuanku..
bayangkan bape lama terpisah...dari jam 5ptg 31.10.2012 sampai kul 7pg 1.11.2012..
lebih kurang 14 jam la gitu..so far mmg okay la...
dapat jugak aku rehat sebentar... hilangkan kesan2 BIUS lam badan ni..

kali ni aku cepat recover dari BIUS... bayangkan... jam 10 mlm aku dah leh gerakkan kaki ni..
n dah kalut nak g tandas cuci cadan ni pada malam tu jugak..
ngan segala tiub kat badan ni.. tiub salur kencing, n tiub kat dua2 belah tangan kanan n kiri...
wahhhhhh mewah betul kan.... rasa kritikal je diri ni...
salah cucuk jarum tu mmg redha je la... ngan darah melimpah2 basahkan katil..
maklum la doktor pelatih yang buat... mereka kena buat jugak tuk cari pengalaman..
so buat adik saya... NUR NABILA n adik ipar saya WAN ANIS MASTURA..
wat elok2 kat patient ekk... sakit kalau kena cucuk banyak2 kali ni...
ngan jarum besar lak tu..huhu... suami aku pun tak sanggup tengok...
ngeri n kasihan katanya...

hehe macam dah lari topik lak..
so ari tu aku bersiap awal2 lagi..sbb nak discaj awal..tak sabar nak g jumpa bidan tuk urut..
urut kasi reda bengkak susu ni.. bila dah sampai umah bidan...
faham2 la..mmg sakit sangat proses ni...saluran dah tersumbat...
kalau ikutkan scor kesakitan tu..aku leh letak 8/10 sakitnye bila nak buang susu yang tersumbat tu..

n mlm tu aku tido ngan lega skit.. esoknye sambung balik..
rasa JEMMM KRENGGGG doh otak nie dok tahan sakit..
adoiiiiiiii.... telan pil tahan sakit pun tak jalan jugak..
last2 mintak MIL tolong belikan ubat dari KLINIK LILY, Pasir Mas..
Ubat tu untuk surut bengkak.. nama dia DENSO TABLET, dari DYNAPHARMA
mengandungi... SERRATIONPEPTIDASE 5mg..
aku kena consume 2 biji 3 kali makan..
baru je dua hari...macam takder perubahan pun...
mgkin sbb masih baru...so aku tahan je la sakit tu..
makin pum makin bengkak..sbb makin banyak produce susu ni..
so smalam aku dok GOOGLE2... n jumpa la satu petua ni..
so far mmg menjadi la... bagi ibu2 yang alami masalah sama..leh la try cuba..
ikhtiar dulu... mmg pada awalnye rasa putus asa je... tapi last2 badan kita yang rasa LEGA..
alhamdulillah... ni kalau bgtau MIL tentu dia pun tarik nafas lega...sayang jugak dia kat MENANTU dia ni..
menantu ni ma dah anggap macam anak sendiri katanya..terharu SEYHHHHHH...

n ari ni adik aku ada pos barang baik punya dari JOHOR..

CENDAWAN SUSU HARIMAU

leh bantu lam redakan masalah ni... tak sabar rasanya...
maybe lam 2 hari ag sampai la...
kat internat ada je jual 100gm lam harga RM70
cara guna... asah n sapu je tempat BENGKAK..
harap2 menjadi ikhtiar ni...

mama_az.....peringkat awal tersumbat ni, plugged ducts...saya selalu alami dengan bb no.2. masa tu tak tau pun amende prob nyer...breast bengkak tapi susu tak keluar...

after some research, here's what i did.....ambik air panas dlm satu bekas (as hot as u can stand) and rendamkan the breast bermasalah dalam tu sambil urut tempat yang bengkak tu...susu akan mengalir keluar...teruskan urutan sehingga u dengar bunyi 'pop' dan susu akan mengalir dengan derasnyer dan breast kempis.

fyi...i dah cuba tuam dengan towel and hot water...dengan heat pad.......tak jalan....kena rendam...baru jalan....if u have bathtub kat rumah...ha...rendam urself in the bathtub and do this.

important to treat plugged ducts immediately. lagi lambat treatment, lagi susah nak clear, lagi sakit (demam pun boleh)....and paling teruk, otak akan dapat signal salah yang breast tak kosong, jadi tak perlu buat susu lagi.


Antara apa yang saya lalui, penyebab bengkak susu adalah;
  1. Ada lebihan susu yang tidak diminum oleh bayi. Lebihan ini terbiar lama dan membeku
  2. Lambat atau terlepas jadual pam (bagi ibu yang bekerja). Acctually saya dah terasa sakit pada minggu lepas. Ini kerana saya terlepas jadual pam saya kerana menghadiri sesi mesyuarat yang terlalu panjang. Masa tu saya pam rasa tak puas. Pam sampai susu dah tak kuar, tapi breast masih rasa berat.
  3. Salur susu tersumbat. Ini berlaku apabila lama tidak menyusukan bayi atau pam.
  4. Semasa menyusu, menekan payudara menggunakan jari. Faktor ini saya dapat melalui pembacaan.
Cara melegakan bengkak susu;
  1. Lekapkan daun kobis. Ini petua orang tua-tua. Saya ada buat juga. Doc pun ada cakap pasal petua ni.
  2. Urut bahagian yang keras / bengkak. Urut sehingga ke puting. Saya urut sendiri dibahagian yang sakit dengan perlahan-lahan.
  3. Tuam. Tuam bahagian yang bengkak dengan air panas kemudian urut dan susukan bayi. Saya masukkan air panas kedalam botol susu afnan yang kecil. Kemudian saya tuamkan ke tempat yang bengkak. Alhamdulillah cara ini amat membantu.

Tuesday, 6 November 2012

Selamat Melahirkan Amsyar

Assalamualaikum...
lama sudah tak update blog nie..
maklum la keadaan kritikal baru ni..
owhhhhhh... kalau di pikirkan memang la ngeri..
tapi bila dah tengok baby...
rasa lega je... SELAMAT SUDAH..

total dok kat hospital 11 hari..
3 hari sebelum raya haji...
n 8 hari selepas raya ke 2..
masuk wad kul 12 malam..uhuu..
konon nak induce awal la tu..
INDUCE + komplikasi FETAL  DISTRESS
n last skali EMERGENCY LSCS (czer jugak)
walaupun dari awal aku request tuk czer coz sakit kat patut lama..
tapi sbb nak jadikan diri ni bahan ujikasi...
CUBA JAYA dulu..
maka aku la yang nanggung SIKSA selama 3 hari..
Azab jugak bila pikirkan.. 2 kali sakit..
sakit kontaksi tak sama cam ibu lain..sbb lebih pada luka parut lama..

tapi syukur la semua selamat...
berkat ada suami di sisi sepanjang waktu genting tu..
rasa mcm nak melayang je nyawa ni..
lepas je di BIUS.... lega seyhhhhh......
tak terungkap rasa lega sakit kontraksi tu..





n hasilnya...kua la WAN ANIQ ARSYAD  AMSYAR
Berat 3.3 kg
Tarikh : 31 Oktober 2012
Jam 16.39 pm ( kena Qadha solat Asar n Zohor ni )
sbb masuk Labor Room jam 9.00 pg
Panjang : 52cm
Ukur Lilit Kepala : 34 cm