Jeluak adalah keadaan di mana isi kandungan dalam perut keluar dengan lembut daripada mulut bayi, biasanya dalam kuantiti yang sedikit. Otot yang sepatutnya menutup saluran ke perut masih belum kuat seperti kanak-kanak yang besar atau orang tua. Pergerakan seperti menekan terlalu kuat, baringkan bayi atau pergerakan penghadaman makanan yang berlaku boleh menyebabkan muntah.
Kebanyakkan bayi akan mengalaminya ketika beberapa bulan pertama kelahirannya. Kadang-kala berlaku setiap kali menyusu atau kadang-kala berlaku sekali-sekala. Semakin bayi meningkat besar, semakin kurang berlaku. Kebanyakkan mereka akan berhenti apabila mula boleh duduk dan ada yang hilang apabila mula berjalan. Jeluak memang mengotorkan dan berlaku pembaziran, namunselagi bayi membesar dengan sihat dan gembira tidak perlu risau dengan keadaan ini.
Muntah berlaku apabila isi perut keluar dengan kuat dan banyak yang menyebabkan ia keluar sehingga jauh beberapa cm daripada mulut. Namun ini tidak perlu dirisaukan jika ia berlaku sekali-sekala dan bayi kelihatan sihat dan gembira. Sekiranya berlaku kerap anda boleh berbincang dengan doktor terutama jika diikuti simptom lain. Anda boleh sendawakan bayi anda untuk mengelakkannya muntah. Tetapi ada bayi tetap muntah walaupun telah disendawakannya, atau ditukar susu atau dikurangkan kuantiti susu.
Adakah perlu untuk menyusunya semula selepas muntah? Jika mereka gembira dan tidak meragam tidak perlu menyusukannya sehingga mereka lapar semula. Perut mereka mengalami sedikit masalah, jadi biarkan lah ia tenang dahulu. Jumlah muntah mungkin nampak banyak daripada yang sebenarnya.
Samada susu yang keluar masam atau curdle ia tidak menjadi masalah. Apabila susu masuk ke perut, asid akan bertindak balas.
Namun dalam keadaan di bawah anda perlu hubungi doktor
- muntah diikuti dengan ketidakselesaan, menangis, gagging, arching, batuk dan berat badan tidak naik.
- Muntah lebih dari 2 kali dan muntah berlaku secara paksaan atau kelihatan kekuningan atau kehijauan
- Muntah diikuti dengan demam, perubahan dalam aktiviti seperti kurang tidur, bermain atau tanda-tanda lain
- Muntah atau jeluak yang merisaukan anda. Adalah lebih baik jika berjumpa doktor untuk kepastian.
Jika terdapat sebarang perubahan pada bayi anda jangan cuba membuat tafsiran sendiri. Mungkinan berlaku kesilapan. Sebaiknya tanya pendapat doktor.
Hukum jeluak atau muntah bayi
Jeluak atau muntah bayi dikira najis mutawassitah sama dengan air kencing bayi.
Persoalan tentang hukum muntah @ jeluak bayi
1-Apakah hukum keatas muntah daripada bayi,jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus.
1.Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.
Muntah/Muak Bayi
Ulama berbeza pandangan dalam masaalah muntah. Secara umumnya ulama berpendapat muntah yang telah berubah sifat bahan makanannya dikira sebagai najis. Bahkan al-Imam al-Nawawi mendakwa perkara ini sebagai ijmak. Jika tidak berubah, sebahagian ulama tetap menganggapnya sebagai najis, manakala al-Malikiyah membezakan muntah yang telah diproses oleh perut adalah najis, manakala yang masih belum diproses oleh perut tidak najis.[17]
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:
Maksudnya: “Muntah dan air liur bayi terdalam permasalahan yang dikategorikan sebagai Umum al-Balwa. Pembuat syariat mengetahui bahawa bayi sering muntah, perkara ini tidak memungkinkan kita membasuh mulutnya, dan air liurnya sentiasa mengalir dan kena kepada orang yang mengasuhnya. Oleh itu pembuat syariat tidak menyuruh membasuh pakaian dari perkara ini, dan tidak mengapa solat dengannya, dan tidak menyuruh membebaskan diri dari air liur bayi. Sekumpulan fuqaha berkata: “Ia termasuk najis yang dimaafkan disebabkan masyaqqah dan keperluan seperti tanah jalanan, demikian juga najis yang tidak dapat dibuang selepas istinjak dengan batu (atau seumpamanya), dan najis di bahagian bawah khuf dan kasut setelah digosok ke tanah.”[18]
No comments:
Post a Comment