Wednesday, 26 December 2012

Testimoni PURE MARINE COLLAGEN


Mohon KLIK LIKE FANPAGE HUSNA 
sebagai tanda sokongan anda semua atas info yang telah diterima 
Perkongsian ilmu IMKK akan 
dikongsikan di fanpage kami

RM 10/150 gram GRED AAA (UNGU)
RM 10/ 150 gram GRED AA (KUNING)


Perbezaan di antara RUMPAI LAUT UNGU DAN RUMPAI LAUT PUTIH adalah ANTIOKSIDA


Perbezaan kandungan rumpai laut ungu dan yang putih dikatakan memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari pembawaaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?......



Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.



TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT

Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. 



MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT

Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet. 



PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG

Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. 



MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas. 




Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan



KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.



Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.



Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.



Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.



-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

source : google




















Cara Penggunaan :

1. Basuh kolagen mentah, 
ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali

2. Rendam kolagen mentah yang 
telah dibasuh semalaman

3. Buang air rendaman tadi dan 
basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong 
ke dalam periuk untuk direbus







Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – 
sebelum sarapan & 
sebelum masuk tidur)

2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), 
ambil 3 sudu besar dan 
masukkan ke dalam gelas - 
boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah

3. Sebelum minum tu baca 
Bismillah & Selawat =)








Thursday, 13 December 2012

Jeluak / Muntah / Muak / Gumuh Bayi NAJIS??

Muntah atau Jeluak





Jeluak adalah keadaan di mana isi kandungan dalam perut keluar dengan lembut daripada mulut bayi, biasanya dalam kuantiti yang sedikit. Otot yang sepatutnya menutup saluran ke perut masih belum kuat seperti kanak-kanak yang besar atau orang tua. Pergerakan seperti menekan terlalu kuat, baringkan bayi atau pergerakan penghadaman makanan yang berlaku boleh menyebabkan muntah.
Kebanyakkan bayi akan mengalaminya ketika beberapa bulan pertama kelahirannya. Kadang-kala berlaku setiap kali menyusu atau kadang-kala berlaku sekali-sekala. Semakin bayi meningkat besar, semakin kurang berlaku. Kebanyakkan mereka akan berhenti apabila mula boleh duduk dan ada yang hilang apabila mula berjalan. Jeluak memang mengotorkan dan berlaku pembaziran, namunselagi bayi membesar dengan sihat dan gembira tidak perlu risau dengan keadaan ini.

Muntah berlaku apabila isi perut keluar dengan kuat dan banyak yang menyebabkan ia keluar sehingga jauh beberapa cm daripada mulut. Namun ini tidak perlu dirisaukan jika ia berlaku sekali-sekala dan bayi kelihatan sihat dan gembira. Sekiranya berlaku kerap anda boleh berbincang dengan doktor terutama jika diikuti simptom lain. Anda boleh sendawakan bayi anda untuk mengelakkannya muntah. Tetapi ada bayi tetap muntah walaupun telah disendawakannya, atau ditukar susu atau dikurangkan kuantiti susu.

Adakah perlu untuk menyusunya semula selepas muntah? Jika mereka gembira dan tidak meragam tidak perlu menyusukannya sehingga mereka lapar semula. Perut mereka mengalami sedikit masalah, jadi biarkan lah ia tenang dahulu. Jumlah muntah mungkin nampak banyak daripada yang sebenarnya.
Samada susu yang keluar masam atau curdle ia tidak menjadi masalah. Apabila susu masuk ke perut, asid akan bertindak balas.

Namun dalam keadaan di bawah anda perlu hubungi doktor
- muntah diikuti dengan ketidakselesaan, menangis, gagging, arching, batuk dan berat badan tidak naik.
- Muntah lebih dari 2 kali dan muntah berlaku secara paksaan atau kelihatan kekuningan atau kehijauan
- Muntah diikuti dengan demam, perubahan dalam aktiviti seperti kurang tidur, bermain atau tanda-tanda lain
- Muntah atau jeluak yang merisaukan anda. Adalah lebih baik jika berjumpa doktor untuk kepastian.

Jika terdapat sebarang perubahan pada bayi anda jangan cuba membuat tafsiran sendiri. Mungkinan berlaku kesilapan. Sebaiknya tanya pendapat doktor.


Hukum jeluak atau muntah bayi

Jeluak atau muntah bayi dikira najis mutawassitah sama dengan air kencing bayi.


Persoalan tentang hukum muntah @ jeluak bayi


1-Apakah hukum keatas muntah daripada bayi,jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus.

1.Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya.Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.

Muntah/Muak Bayi

Ulama berbeza pandangan dalam masaalah muntah. Secara umumnya ulama berpendapat muntah yang telah berubah sifat bahan makanannya dikira sebagai najis. Bahkan al-Imam al-Nawawi mendakwa perkara ini sebagai ijmak. Jika tidak berubah, sebahagian ulama tetap menganggapnya sebagai najis, manakala al-Malikiyah membezakan muntah yang telah diproses oleh perut adalah najis, manakala yang masih belum diproses oleh perut tidak najis.[17]

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

Maksudnya: “Muntah dan air liur bayi terdalam permasalahan yang dikategorikan sebagai Umum al-Balwa. Pembuat syariat mengetahui bahawa bayi sering muntah, perkara ini tidak memungkinkan kita membasuh mulutnya, dan air liurnya sentiasa mengalir dan kena kepada orang yang mengasuhnya. Oleh itu pembuat syariat tidak menyuruh membasuh pakaian dari perkara ini, dan tidak mengapa solat dengannya, dan tidak menyuruh membebaskan diri dari air liur bayi. Sekumpulan fuqaha berkata: “Ia termasuk najis yang dimaafkan disebabkan masyaqqah dan keperluan seperti tanah jalanan, demikian juga najis yang tidak dapat dibuang selepas istinjak dengan batu (atau seumpamanya), dan najis di bahagian bawah khuf dan kasut setelah digosok ke tanah.”[18]