SATIN LIPS® SET
APA KATA PAKAR PERUBATAN,
Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Untuk memburukkan lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.
Untuk mereka yang berkulit cerah, saluran darah yang boleh dilihat pada bibir membuatkan bibir kelihatan berwarna walaupun ia sebenarnya tidak mengandungi pigmen. Untuk mereka yang berkulit gelap, bibir mengandungi tahap melanin yang tinggi yang membuatkan bibir kelihatan lebih tebal dan saluran darah hampir tidak kelihatan.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa satu aplikasi Satin Lips® Lip Balm sahaja sudah berkesan untuk melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam.
Berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tak bermaya.
SATIN LIPS® SET
MANFAAT & KEISTIMEWAAN
Lip Mask mengelupas dengan lembut dan berkesan
Lip Balm melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam
DICIPTA KHAS BUAT
Sesiapa sahaja
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA
Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Kita kehilangan lapisan perlindungan minyak dan air yang penting untuk mengekalkan lembapan bibir. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi, bibir cepat kering, mudah pecah-pecah dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain.
Satin Lips® Lip Mask mengandungi manik-manik halus yang bertindak lembut dan berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan yang menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tak bermaya.
Satin Lips® Lip Balm mengandungi ramuan bahan-bahan istimewa, termasuklah derivatif vitamin A dan E serta Ceramide 2, untuk membantu melembapkan bibir yang kering dan kasar. Balm ini melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam, di samping membentuk satu perlindungan limunan untuk mengekalkan lembapan bibir.
BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSI
Ekstrak teh hijau (ekstrak Camellia sinensis)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan.
Derivatif Vitamin C (Askorbil palmitat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Derivatif Vitamin A (Retinil palmitat)
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).
Derivatif Vitamin E (Tokoferol acetat)
Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, membantu melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
Ceramide 2
Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya, kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).
APLIKASI CARA PENGGUNAAN
Susunan Arahan
Mencuci
Mengelupas
Menyegar
Supplemen
Melembap
Melindungi
Kemasan
Sapu masker dengan lembut pada bibir. Biarkan selama 1-2 minit. Bersihkan muka anda, termasuk bibir. Ini disusuli dengan pemakaian balm.
ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI
Warna-warna kosmetik bibir Mary Kay®
TimeWise® Microdermabrasion Set
Satin Hands® Pampering Set
TEMPOH PENGGUNAAN
Lebih kurang 11 bulan apabila set bibir digunakan 3-4 kali seminggu.
CIRI-CIRI
Sesuai untuk kulit sensitif
Bebas daripada pewangi
Sistem dwilangkah berkesan untuk mengelupas dengan lembut dan melembapkan bibir.
SATIN LIPS® SET
No comments:
Post a Comment