Thursday, 3 October 2013

Kisah Hidup Saya ~ Pengalaman Berniaga

 Kisah Hidup Saya 

Assalamualaikum
Hari ni rasa nak cerita kisah hidup n pengalaman saya berniaga dari kecik sampai besar.. ada suka dukanya

1- seingat husna kali pertama husna didedahkan dengan dunia bisnes..masa darjah 4..subjek kemahiran hidup..jual dengan cara menjaja..letak gula2 dalam plastik kemudian tampal di kad manila.. dan bermulalah tebal menebal muka menjaja untuk menjual gula2 sampai habis.. kalau tak mau di marah cikgu..semua jadi kecut perut..nak tak nak kena buat jugak..modal time tu hasil kongsi-kongsi group tak banyak dalam 80 sen saja.. ada dalam 5 orang satu group. Sonok bila dapat untung  tersenyum ja bila ingat kenangan ni.. 

2- balik rumah ngan hati punya lah hepi, gembira, ceria dan bersemangat waja..dapat untung bape sen jaaa time tu..lalu si anak kecik minta la pada ibunya... mama nak modal..nak berniaga. . Mama dengan baik hati pergi ke kedai dan membeli kacang biji-biji tu tak silap dua jenis..kacang ijau n kacang kuda.. packing la dalam plastik.. dan kami start jualan di bawah payung pinjam dari bengkel pakcik depan rumah.. lokasi kedai kami... kat tepi jalan depan rumah.. niat mama sangat murni.. nak bg anak-anaknya pandai berniaga..dapat untung..tak banyak..last2 kami adik bradik yang makan sendiri..huhu 

3- bila dah kawin.. husna tak terus kerja.. walau ada degree.. sebab time tu dah pregnant.. dan bila ada anak tumpu pada family ja.. kadang2 bila rasa susah sangat.. duit takde... sedih bangat bila satu masa semua takde... cehhh mata genang la pulak..  sad story bila terpaksa kutip syiling2 dalam tabung..kumpul wat beli beras sukat.. beli telur.. n ikan bilis.. goreng ngan bawang n kicap ja... huwaaaaa..  siyesss sayu hati ni.. saya mungkin okay ja sebab saya dah biasa.. tapi bila tengok encik suami..saya rasa sayu sangat..dia biasa makan mewahhh tiba2 kena susah2. . Lagi sayu hati nie bila fikirkan macam mana lah suami hulurkan syiling-syiling tu kat tuan kedai...Abang.. awak betul-betul keramat hidup saya.. Mungkin sebab kehadiran saya dan tanggungan anak kecil perlukan duit belanja yang banyak.. kehidupan kami sedikit terkesan pawa waktu itu. Nak dijadikan cerita.. masa tu bulan puasa..bulan Ramadhan penuh berkat...ada modal tak banyak..dalam berapa ringgit ja.. kami wat la masak sedikit-sedikit.. nak kata pandai masak.. awak semua..husna ni tak pro pun bab masak-masak.. tapi kan semua tu boleh google.. boleh nuntut ilmu n buat amali kat rumah.. maka saya start la jualan dengan hanya menumpang kasih letak kat jiran punya bisnes pasar Ramadhan. dan juga jualan depan rumah.. rasanya tak best kawan-kawan.. husna ni pemalu..seksa n terdera je hati ni.. 

4- mulalah jalan hidup yang lebih selesa.. saya berkerja bawah BANK.. as unit trust consultant public mutual.. best memang best..sebab saya dapat close besar2.. walau tak ramai prospect. . Ada yang suka..ada juga yang iri.. adat la kan orang melayu.. Tapi kelemahannya saya tiada kereta susah nak ke sana ke mari..harapkan tumpang kawan-kawan ja.. kalau tak tumpang nak pergi jumpa manager-manager besar dengan pakai coat sangat tidak sesuai. Walllahhh. di tambah pula dengan saya ni sangat la malu dan gementar bila nak jumpa client laki2. . Huwaaaa... not my passion. .so saya stop dari buat unit trust..

5- taraaaaa.. lepas je bersalin si anieq amsyar ni..husna mula cabang baru.. nyata ianya cukup membahagiakan.. mana taknya..bulan pertama dah dapat income best..makin bertambah... bila join bisnes SNE.. pendapatan dah capai 5K.. sonok...confident level naik mencanak2.. sebelum ni rasa hina je.. pula dikecam ngan mulut2 bisa.. hihi kesian kadang-kadang dengan orang berfikiran sempit.. mempengaruhi orang dengan aura negatif.. sabar ja la..sahut cabaran tuk buat sale lebih tinggi.

6- memandangkan bisnes online bahagian kosmetik ni banyak sangat permainan harganya..maklum la ramainya melayu..tak jaga kebajikan satu sama lain.. so husna pikir nak ubah dan mesti ubah... sampai ada yang beranggapan husna doh down..bisnes makin teruk.. tak sebenarnya.. husna cuba kreatif dalam membina pendapatan yang lebih baik.. memandangkan dah lama husna tak bertahajjud..malam sebelum tidur tu niat la nak bangun qiam.. alang-alang dah bangun buat susu kat si kecik ni..husna teruskan usaha bertahajjud.. esok paginya.. sangat ajaib.. husna jumpa satu link fanpage yang betul2 twist otak ni... jeng jeng jeng... dan bermulalah haritu..husna create desingn baru tuk bisnes ni.. ahaaaaaa...kita cuba bidang baru.. buat-buat kek..








Pandai ke ????? Serius tak pandai... tapi sebab hati ni gila-gila.. saya ikutkan aja... mesti ramai kat luar sana gelakkan saya.. tak de la pandai masak kan... tapi ada hati wat bisnes masak-masak. .alaaaa saya telan je semua tu... mula aritu saya study recipe2 best.. dan design terus tuk buat stiker n logo sendiri. .sedangkan masa tu takde apa2 stok lagi. Pelik kan..n mula la hari tu otak pusing ligat.. cuba buat resipi A resipi B.. topping A , topping B..last2 dah jmpa resipi paling best dan berkualiti..





Dalam masa 10 hari lepas tu..husna segera pergi buat sijil perniagaan SSM.. tq buat adik ipar Anis Mastura dan kak Mardhiah kerana sudi bantu bawa dan tolong jagakan anak2 semasa urusan berlangsung..





Dan kini kami d Amelin Cake Mania dan mempunyai ejen di negeri Kelantan (sekitar UMK KB dan UMK Jeli), Kedah, Perak, Port Dikson, Terengganu dan Kuala Lumpur dan akan bertambah lagi nanti..InsyaAllah.






Itu saja buat masa ini..nanti husna update n tambah2 lagi.

like my fanpage tuk baca cerita pengalaman saya ke semonar insentif jutawan industri di kelolakan oleh Dr Azizan Osman.. best betullll betul2 power n brilliant idea dia.. stay tuned ya #AmelinCakeMania

Wassalam
 — at Jeli, Kelantan

Pengalaman Seminar Insentif Jutawan Industri DAO PART 2

 Lucu atau Luc** 

Teringat pasa satu peristiwa..masa di seminar insentif jutawan industri. . Terserempak la dengan sorang wanita bekerjaya..yang cunnnn meletoppp.. tapi rasa sangat kasihan.. kenapa.. sebab gayanya fail bila berpakaian.. mungkin nampak exclusive dan sangat bergaya.. 

Time tu husna cuba bercakap dengannya.. maaf wak... boleh saya nak bercakap sikit tak ngan awak.. hihi wanita tu berkali2 cuba mengelak... maklum la saya ni hanya berpakaian ala kampungan gitu.. jakun pulak tu datang KL..dalam hati terdetik..sombongnya awak... saya datang nak tolong awak.. buka saje2 nak ambil masa awak.. dengan tak membuang masa saya menarik tangannya.. dan berkata.. saya ada hal sangat penting nak bgtau awak.. lalu dia anggukkan kepala.. dan saya bisikkan padanya.. maaf awak saya terpaksa bagitau.. seluar awak terkoyak..dan hampir semua orang dapat melihat ke dalam.. saya minta awak cover skit..sebab saya takut semua akan perasan nanti.. dengan rasa bersalahnya dia terus cover n ucap terima kasih..

Moral dari cerita ni.. cuba2 la pakai baju labuh lepas dari punggung.. dan elakkan dari pakai seluar ketat bila di luar rumah.. nak seksi meksi ketat2 cukup la pakai kat rumah depan suami..dapat bonus pahala gitewww.. nak moden2 pun kita tapis banyak benda. . Sebab islam tu indah..

Sayang kamu semua..hihi dengar husna gosip tuk bagi tauladan pada siapa yang membaca..

Wassalam 

Pengalaman Seminar Insentif Jutawan Industri DAO PART 1

 Berlari-lari ANAK Berlari-lari EMAK 

Assalamualaikum. . Hari ni nak kongsikan pengalaman menarik di seminar insentif jutawan industri yang saya hadiri sepanjang 3 hari.. 


Nak kata indah. Memang sangat indah. Bermulanya dengan seminar jutawan industri di Riverview Hotel di Kota Bharu. Masa tu saya pergi naik bot ja. Tambang tak mahal RM1 dari Kampung Laut ke KB. Perjalanannya mudah n selamat sampai sana saya jalan kaki saja. Sakit kaki ni bila berjalan jauh. Tapi saya ada misi yang lagi jauh nak saya tempuhi.




Jeng jeng jeng... seminar memang best. N lagi best kalau pergi yang berbayar. Ye la.. saya mahukan impak yang lebih besar untuk bagi momentum kat diri yang kecik comel ni.. eceeehh.. hari tu saya bawa tak banyak... cash cuma rm700 tanpa niat nak guna pun wang tu.. bila sampai sana dah terguna sampai habis.. masa tu saya kongsi duit tuk bayar cash tempat duduk VIP di seminar insentif jutawan industri nanti. RUGI??? Persoalan tu langsung tak wujud dalam diri ni.. sebab husna tau ni adalah investment (hihi ex unit trust consultant katakan) investment ilmu ni akan bagi perubahan di setiap sudut minda hati dan jiwa..serta perlakuan dan juga komunikasi di hari mendatang..

Baliknya ke rumah.. dilema melanda.. hihi mana tak nya.. saya daftar tak tanya dahulu pendapat suami.. mandai2 je kan.. sebab saya bertanggungjawab tuk buat keputusan untuk diri sendiri.. malamnya mula la telan air liur.. macam mana nak bagitau si suami ni.. saya berkata.. "abang, boleh tak saya nak pergi seminar insentif jutawan industri di Kuala Lumpur" . Belum lagi cerita panjang. . Suami dah cakap tak boleh dengan tegasnya.. huhu terdiam saya seribu bahasa.. mana tidaknya saya dah spend duit banyak ni.. bayar cash pulak tu.. saya pujuk lagi.. dengan muka penuh harapan.. "boleh la bang.. saya teringin sangat nak ubah nasib hidup kita. .saya dah bayar dah duitnya tadi untuk beli tiketnya" sekarang kami dua2 terdiam.. hihi Jenggggg. Dan suami bertanya " siapa nak jaga anak2 nanti" alhamdulillah respon positif yang telah bawa saya ke seminar tersebut.

Okay teruskan dengan tajuk di atas.. di seminar insentif jutawan industri yang berbayar tu.. kat sana punya la ramai orang. . Dari yang semuda-muda.. n tak lupa juga buat golongan veteren.ibu sarat mengandung pun ramai nak join sama. masing2 datang dengan misi ingin transform diri untuk jadi lebih hebat dan berjaya.. dengan kata lain nak jadi KAYA BERIMAN BERJAYA .. termasuklah diri saya. Kat sana saya di kelilingi insan2 hebat yang beraura positive.. pendapatan dari sekecik-kecik sehingga pendapatan juta2.. berkumpul dalam satu dewan ilmu di PWTC.


Memandangkan saya bukan bekerja kerajaan n bekerja swasta.. saya tak punya dana besar tuk beli tiket mahal2. .like DIMOND.. SUPER DIMOND atau SUPER SUPREME. . Tiket mahal n berbaloi.. maka dengan itu saya terpaksa la datang awal setengah jam.. tunggu depan pintu.. bersedia berasak-asak untuk dapatkan tempat duduk VIP sedepan yang mungkin.

Tiba je masa pintu di buka.. wallllahhh perjalanan akan bermula. . Tudiaaaa lari selaju-laju nya nak dapatkan kerusi depan. Nak gelak bila ingatkan diri ni isteri dan juga mak orang.. tapi macam buang tabiat pun ada. Kalau suami tengok mesti geleng kepala... laju rupanya bini dia dapat lari. . Hihihi.. (JOHAN MARATON masa kat sekolah menengah dahulu katakan  ye la.. kat sana Makcik2 yg sakit-sakit lutut ngan orang2 bertubuh gempal pun tiba-tiba je dapat lari laju.. takde Berlari-lari ANAK dah tapi dah Berlari-lari EMAK. .

Huhu celoteh panjangkan... ilmu kat sana ada yang dah dibukukan.. cuma cara penyampaian je berbeza.. boleh cari buku Dr Azizan Osman Magnet Kekayaan & Kejayaan.





Stay tuned with me #AmelinCakeMania