Thursday, 3 October 2013

Kisah Hidup Saya ~ Pengalaman Berniaga

 Kisah Hidup Saya 

Assalamualaikum
Hari ni rasa nak cerita kisah hidup n pengalaman saya berniaga dari kecik sampai besar.. ada suka dukanya

1- seingat husna kali pertama husna didedahkan dengan dunia bisnes..masa darjah 4..subjek kemahiran hidup..jual dengan cara menjaja..letak gula2 dalam plastik kemudian tampal di kad manila.. dan bermulalah tebal menebal muka menjaja untuk menjual gula2 sampai habis.. kalau tak mau di marah cikgu..semua jadi kecut perut..nak tak nak kena buat jugak..modal time tu hasil kongsi-kongsi group tak banyak dalam 80 sen saja.. ada dalam 5 orang satu group. Sonok bila dapat untung  tersenyum ja bila ingat kenangan ni.. 

2- balik rumah ngan hati punya lah hepi, gembira, ceria dan bersemangat waja..dapat untung bape sen jaaa time tu..lalu si anak kecik minta la pada ibunya... mama nak modal..nak berniaga. . Mama dengan baik hati pergi ke kedai dan membeli kacang biji-biji tu tak silap dua jenis..kacang ijau n kacang kuda.. packing la dalam plastik.. dan kami start jualan di bawah payung pinjam dari bengkel pakcik depan rumah.. lokasi kedai kami... kat tepi jalan depan rumah.. niat mama sangat murni.. nak bg anak-anaknya pandai berniaga..dapat untung..tak banyak..last2 kami adik bradik yang makan sendiri..huhu 

3- bila dah kawin.. husna tak terus kerja.. walau ada degree.. sebab time tu dah pregnant.. dan bila ada anak tumpu pada family ja.. kadang2 bila rasa susah sangat.. duit takde... sedih bangat bila satu masa semua takde... cehhh mata genang la pulak..  sad story bila terpaksa kutip syiling2 dalam tabung..kumpul wat beli beras sukat.. beli telur.. n ikan bilis.. goreng ngan bawang n kicap ja... huwaaaaa..  siyesss sayu hati ni.. saya mungkin okay ja sebab saya dah biasa.. tapi bila tengok encik suami..saya rasa sayu sangat..dia biasa makan mewahhh tiba2 kena susah2. . Lagi sayu hati nie bila fikirkan macam mana lah suami hulurkan syiling-syiling tu kat tuan kedai...Abang.. awak betul-betul keramat hidup saya.. Mungkin sebab kehadiran saya dan tanggungan anak kecil perlukan duit belanja yang banyak.. kehidupan kami sedikit terkesan pawa waktu itu. Nak dijadikan cerita.. masa tu bulan puasa..bulan Ramadhan penuh berkat...ada modal tak banyak..dalam berapa ringgit ja.. kami wat la masak sedikit-sedikit.. nak kata pandai masak.. awak semua..husna ni tak pro pun bab masak-masak.. tapi kan semua tu boleh google.. boleh nuntut ilmu n buat amali kat rumah.. maka saya start la jualan dengan hanya menumpang kasih letak kat jiran punya bisnes pasar Ramadhan. dan juga jualan depan rumah.. rasanya tak best kawan-kawan.. husna ni pemalu..seksa n terdera je hati ni.. 

4- mulalah jalan hidup yang lebih selesa.. saya berkerja bawah BANK.. as unit trust consultant public mutual.. best memang best..sebab saya dapat close besar2.. walau tak ramai prospect. . Ada yang suka..ada juga yang iri.. adat la kan orang melayu.. Tapi kelemahannya saya tiada kereta susah nak ke sana ke mari..harapkan tumpang kawan-kawan ja.. kalau tak tumpang nak pergi jumpa manager-manager besar dengan pakai coat sangat tidak sesuai. Walllahhh. di tambah pula dengan saya ni sangat la malu dan gementar bila nak jumpa client laki2. . Huwaaaa... not my passion. .so saya stop dari buat unit trust..

5- taraaaaa.. lepas je bersalin si anieq amsyar ni..husna mula cabang baru.. nyata ianya cukup membahagiakan.. mana taknya..bulan pertama dah dapat income best..makin bertambah... bila join bisnes SNE.. pendapatan dah capai 5K.. sonok...confident level naik mencanak2.. sebelum ni rasa hina je.. pula dikecam ngan mulut2 bisa.. hihi kesian kadang-kadang dengan orang berfikiran sempit.. mempengaruhi orang dengan aura negatif.. sabar ja la..sahut cabaran tuk buat sale lebih tinggi.

6- memandangkan bisnes online bahagian kosmetik ni banyak sangat permainan harganya..maklum la ramainya melayu..tak jaga kebajikan satu sama lain.. so husna pikir nak ubah dan mesti ubah... sampai ada yang beranggapan husna doh down..bisnes makin teruk.. tak sebenarnya.. husna cuba kreatif dalam membina pendapatan yang lebih baik.. memandangkan dah lama husna tak bertahajjud..malam sebelum tidur tu niat la nak bangun qiam.. alang-alang dah bangun buat susu kat si kecik ni..husna teruskan usaha bertahajjud.. esok paginya.. sangat ajaib.. husna jumpa satu link fanpage yang betul2 twist otak ni... jeng jeng jeng... dan bermulalah haritu..husna create desingn baru tuk bisnes ni.. ahaaaaaa...kita cuba bidang baru.. buat-buat kek..








Pandai ke ????? Serius tak pandai... tapi sebab hati ni gila-gila.. saya ikutkan aja... mesti ramai kat luar sana gelakkan saya.. tak de la pandai masak kan... tapi ada hati wat bisnes masak-masak. .alaaaa saya telan je semua tu... mula aritu saya study recipe2 best.. dan design terus tuk buat stiker n logo sendiri. .sedangkan masa tu takde apa2 stok lagi. Pelik kan..n mula la hari tu otak pusing ligat.. cuba buat resipi A resipi B.. topping A , topping B..last2 dah jmpa resipi paling best dan berkualiti..





Dalam masa 10 hari lepas tu..husna segera pergi buat sijil perniagaan SSM.. tq buat adik ipar Anis Mastura dan kak Mardhiah kerana sudi bantu bawa dan tolong jagakan anak2 semasa urusan berlangsung..





Dan kini kami d Amelin Cake Mania dan mempunyai ejen di negeri Kelantan (sekitar UMK KB dan UMK Jeli), Kedah, Perak, Port Dikson, Terengganu dan Kuala Lumpur dan akan bertambah lagi nanti..InsyaAllah.






Itu saja buat masa ini..nanti husna update n tambah2 lagi.

like my fanpage tuk baca cerita pengalaman saya ke semonar insentif jutawan industri di kelolakan oleh Dr Azizan Osman.. best betullll betul2 power n brilliant idea dia.. stay tuned ya #AmelinCakeMania

Wassalam
 — at Jeli, Kelantan

No comments:

Post a Comment