Friday, 13 March 2015

Pelbagai Serum Mary Kay

Hari ini saya nak share mengenai jenis-jenis serum yang terdapat dalam rangkaian produk Mary Kay.

Kadang-kadang kita beli serum sebab bila kita tanya kawan kita apa dia pakai kulit nampak cantik.Dia jawab serum. Jadi kita pun beli serum. Tapi apakah fungsi serum itu sebenarnya, kita belum pasti.

Di Mary Kay, kami akan jelaskan jenis-jenis serum yang ada.

Nombor satu nak tanya, awak nak serum itu untuk atasi masalah kulit yang bagaimana?

Kalau nak cerah dan jernihkan wajah, kenalah guna skin lightening serum yang namanya MelaCEP Essence.

Cara nak pakai esen ni, sapu ke wajah selepas cuci. Esen ni lebih cair daripada serum, ia adalah sejenis pati. Ia peru diresapkan dulu ke dalam kulit.

MelaCEP Dark Spot Serum adalah untuk mengatasi masalah pigmentasi, jeragat, ketua dan yang seumpamanya.

Kalau nak kurangkan kedut (bukan hilangkan kedut - ni memang mustahil) dan nak tambah penghasilan kolagen bawah kulit, kenalah guna serum yang namanya Day & Night Solution. Sejenis bahan yang cair. Sapu selepas esen. Hasilnya kedut nampak kurang kerana kulit dan tegang sikit. Kalau usia lingkungan 30an. Pakai serum ni saja dah cukup.

Kalau nak anjalkan kulit hingga nampak buah pipi, ni kena guna Replenishing Serum + C. Namanya pun replenishing serum, ie serum untuk tambah. Nak tambah apa? Nak tambah apa yang kurang bawah kulit itu. Sesuai untuk kita yang berusia 40an. Pada usia ini, memang dah banyak kurang. Apatah lagi bagi kita yang kurang prihatin dalam bidang penjagaan kulit. Ia bantu untuk tambah lebih banyak lagi kolagen. Disebabkan ia mengandungi vitamin C, kulit yang matang dan tidak dijaga dan dibiarkan terdedah bawah sinar matahari menjadi lebih gelap selama ini, menjadi lebih cerah. Serum ini bukan pencerah, tapi kulit nampak cerah kerana sel kulit mati yang lama bertempek pada kulit dibuang, jadi kulit yang selama ini nampak kusam, kotor, gelap, nampak cerah bercahaya.

Satu lagi jenis serum, namanya Night Restore & Recover complex, adalah untuk merapatkan matriks kulit. Tak dapat nak bayangkan apa itu matriks kulit? Kulit kita kalau ditengok banyak mikroskop, merupakah anyaman sel. Bayangkan anyaman tikar ataupun sampul ketupat. Anyaman ini dirapatkan sewaktu kita tidur. Jadi bila bangun besok pagi, kulit nampak mampat. Ini memberi hasil kulit nampak makin tegang.

Kalau anda sudah berusia 50an, ataupun usia 30an tapi nampak macam dah 50an, anda terpaksa guna intesif serum, dalam Mary Kay ini yang terbaru, Regena Firm. Serum ini bantu menggandakan bahan penting dalam pembentukan kulit yang anjal.

Microdermabrasion serum yang digunakan selepas menggunakan microdermabrasion scrub. Serum jenis ini adalah untuk disapu hanya selepas scrub berhablur kristal ini, diperkaya dengan nutrien dan pelbagai zat yang diperlukan oleh kulit yang baru di scrub itu.

Selain ini, ada juga serum untuk berjerawat dan berparut. Serum jenis ini adalah untuk mengawal lebihan minyak di atas permukaan kulit dan mengurangkan ketaraan parut pada kulit.

Selain serum untuk wajah, ada juga serum untuk kulit sekitar mata. Ini akan dibincangkan di lain kesempatan ya!

Jadi, apabila kita beli serum, tanyalah daripada pekedai kegunaan serum itu. Jangan beli sebarangan, kelak sendiri berasa hampa.

Kalau dalam Mary Kay, consultant anda akan merekomen jenis serum yang sesuai.

Oleh itu, apabila anda mahu memilih consultant, carilah consultant yang benar-benar dapat membantu dan memberi nasihat menepati keperluan anda. 

No comments:

Post a Comment