Set lengkap penjagaan wajah merangkumi tiga produk
Salam pembaca budiman,
Apakah asas dalam sistem penjagaan wajah?
Sebagai perunding kecantikan, saya memastikan semua customer saya mempunyai cleanser (pembersih wajah) dan moisturizer (pelembap).
Cleanser untuk wajah.
Dapatkan dan cari sampai jumpa cleanser yang paling sesuai dengan keadaan kulit wajah anda. Selepas anda menjumpainya, jangan tukar lagi. Cleanser yang sesuai pasti yang menyeronokkan dan menyenangkan hati selepas menggunakannya. Anda lihat kulit anda kekal cantik ataupun semakin cantik berseri. Sekiranya keadaan kulit dan warna kulit kurang menggembirakan anda, maka besar kemungkinan cleanser itu tidak sesuai dengan anda.
Jangan terjebak dalam kepercayaan yang pelembap akan meningkatkan minyak pada wajah. Pelembap yang berasaskan air TIDAK bertukar kepada air. Pelembap menstabilkan kandungan minyak di bawah lapisan kulit. Jadi tidak hairanlah moisturizer yang sesuai menjadikan kulit berminyak nampak lembap.
Moisturizer yang sesuai akan melembutkan kulit, dan menjadikan kulit nampak muda.
Suncreen untuk wajah
Semua makhluk di muka bumi ini berpotensi mendapat pigmentasi pada kulit. Ini adalah kerana kita terdedah pada sinar UV yang dikeluarkan oleh matahari. Oleh itu semua orang WAJIB memakai sunscreen pada wajahnya. Berapa tinggi kandungan SPF itu bergantung kepada berapa banyak anda berada di bawah pancaran matahari (tetapi tidak perlu memilih krim spf setinggi 100)!
No comments:
Post a Comment